Tuesday, 20 September 2011

KoRanG tEnGoK NIE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

aduyai......
apa nak jadi dengan dunia sekarang....
korang semua da baca paper x arinie....
makin sadis hidup kita sekarang...
makin rosak...
budi perkerti kian hilang.....
sanggup seorg anak belasah seorg ibu yang mengandungkan die 9 bulan...
ingat senang ker 9 bulan nak membawa perut yang makin ari makin sarat...
korang pernah terfikirkan x.....
bila da makin besar makin biadap....
bila ditegur katanyer dileteri.....
ape nie......
nie ke budaya melayu...
budaya islam...
yang kita bjar kat sekolah, kat universiti or etc....
kepada sesiapa yang masih mempunyai ibubapa....
sayangi la mereka selagi mereka masih ada sebagai mana mereka mengasihi anda sewaktu kecil....


Untuk Kedua Ibu Bapa

Maksudnya :
 Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.




AMPANG: Hanya kerana menasihati anak lelakinya yang sering menghabiskan masa di kafe siber, seorang ibu cedera dipukul dengan kayu, kelmarin.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang berusia 40 tahun bersama suaminya berada di dalam rumah mereka di Pandan Mewah, di sini, sebelum anak mereka pulang.

“Remaja berusia 16 tahun itu mengadu kurang sihat sebelum dinasihati mangsa supaya tidak menghabiskan masa di kafe siber.


“Berang mendengar ‘leteran’ si ibu, remaja terbabit naik angin lalu memaki hamun dan memukul ibunya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang marah dengan tindakan anak lelakinya itu mengambil kayu untuk mempertahankan diri dan memarahi anaknya supaya tidak bertindak sedemikian.


Bagaimanapun, anak mangsa yang dipercayai tidak berpuas hati bertindak lebih kejam apabila mengambil kayu berkenaan dan memukul mangsa.



Malah, remaja terbabit turut menendang mangsa menyebabkan dia terjatuh sebelum remaja itu melarikan diri.

Difahamkan, suami mangsa cuba meleraikan pergaduhan itu, namun tidak berhasil.


Menurutnya, mangsa dibawa suaminya untuk rawatan di hospital berhampiran sebelum ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan kejadian itu.

kredit to HMETRO

5 comments:

  1. memang anak tak guna tu.. memang tak cium bau syurga kalau dia tak mintak mahap pada ibunya..

    ReplyDelete
  2. macam2 sekarang,no wonder la kite2 digalakkan belajar seni mempertanankan diri,hehe

    ReplyDelete
  3. bodoh punya anak,,bengong tul!

    ReplyDelete